16 Disember 2016 - 20:57
China Rampas Dron Bawah Air Amerika Syarikat

Pentagon mendakwa bahawa bebuah kapal milik Republik Rakyat China telah merampas sebuah dron miliknya. Dron itu dikatakan terlibat di dalam misi pengumpulan data di Lautan China Selatan ketika insiden itu berlaku.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pentagon mendakwa bahawa bebuah kapal milik Republik Rakyat China telah merampas sebuah dron bawah air miliknya. Dron itu dikatakan terlibat di dalam misi pengumpulan data di Laut China Selatan ketika insiden itu berlaku.

Jurucakap Pentagon, Kapten Jeff Davis pada hari Jumaat tidak menyatakan nama dron tersebut di dalam kenyataanya. Akan tetapi dia menegaskan bahawa perkakasan itu sedang melakukan misi pengumpulan data saintifik yang tidak sensitif di lautan itu.

Dia turut berkata bahawa Jabatan Negara A.S telahpun memfailkan protes diplomatik kepada pihak China sekaligus menuntut Beijing untuk memulangkan dron itu.